LAIN PAUTAN
LOG MASUK STAFF
MAJLIS PELEPASAN "KELANTAN RIDE TMK@12"
KOTA DARULNAIM – Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12), Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil pelbagai langkah untuk mempromosikan TMK@12 yang bertujuan untuk menarik seramai mungkin rakyat Malaysia melancong ke Negeri Cik Siti Wan Kembang / Tanah Serendah Serambi Mekah ini bagi menikmati segala kelainan yang unik di negeri ini. “Kelantan Ride TMK@12” merupakan salah satu daripada program promosi yang dianggotai oleh para Penunggang Motor Besar (Superbikers) bersama Kumpulan Kebudayaan yang diketuai oleh YB Dato’ Haji Takiyuddin Bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan. Kumpulan konvoi seramai 60 orang ini akan menjelajahi Negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia bermula dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bermula dari 25 hingga 28 Januari 2012. Majlis Pelepasan peserta konvoi “Kelantan Ride TMK@12” ini disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di Perkarangan Kompleks Kota Darulnaim. Dalam majlis ini, YAB Tuan Guru menyarungkan Jaket “Kelantan Ride TMK@12” kepada ketua konvoi serta menyerahkan jaket kepada setiap peserta yang terlibat. Turut sama menghadiri majlis tersebut ialah YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, YABhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Ahli-Ahli Exco serta para Pegawai Tadbir Negeri.
(Klik imej untuk paparan seterusnya)
- KERAJAAN NEGERI
- PEJABAT SUK
- Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
- Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Kerajaan Tempatan
- Bahagian Perumahan
- Unit Audit Dalaman
- Urusetia Integriti dan Inovasi
- Pelancongan dan Kebudayaan (TIC)
- PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN
- BERITA
Sebarang aduan atau cadangan boleh dikemukakan ke bahagian ini melalui portal e-Aduan dengan cara klik pada pautan e-Aduan dibawah atau anda boleh melayari laman web portal Kelantan www.portal kelantan.gov.my dan klik pada pautan e-Aduan.
- PAUTAN PEGAWAI & STAF
- PELAN STRATEGIK
- PAUTAN APLIKASI
- PAUTAN PEGAWAI & STAF
- PAUTAN UMUM
- PAUTAN PELAWAT
GELERI MULTIMEDIA
29 JANUARI 2012




















































